Gandingan Terbaik Luqman

Pemain berd@rah campuran Malaysia-Jamaica, Kobe Chong kemungkinan diserapkan dalam skuad bawah 19 tahun (B-19) negara jika prestasinya memuaskan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan pemain berkenaan yang kini berkelana di England.

Beliau berkata, sebelum ini, Kobe pernah dipanggil menjalani latihan bersama skuad B-19 negara, namun dia tidak boleh menyertai pasukan berikutan menghadapi kekangan terutama membabitkan kelab yang disertainya.

Sebelum ini sememangnya FAM ada berhubung dengan pemain berkenaan dan pernah memanggil Kobe menyertai sesi latihan bersama skuad kendalian Brad Maloney.

Namun, Kobe menyatakan dia menghadapi beberapa masalah antaranya ketika itu sedang menyertai saingan liga bersama pasukan.

“FAM sentiasa memantau perkembangan pemain berkenaan dan kemungkinan akan memanggilnya pada masa akan datang berdasarkan prestasi semasa,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Kobe yang juga bekas pemain bawah 17 tahun Cagliari, boleh menjadi s3njata baharu bergandingan dengan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dalam mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kobe sememangnya sudah lama menyimpan hasrat menyarung jersi kebangsaan malah ketika ini boleh dikatakan berada pada tahap memuaskan bersama kelab Sutton Coldfield Town.