Gandingan Mantap Bersama Bekas Pemain JDT

Peny3rang baharu BG Pathum United, Teerasil Dangda mahu mencipta gandingan mantap bersama seorang lagi pemain baharu, Diogo Luis Santo bagi mengharungi baki saingan musim 2020/2021.

Teerasil kembali ke Thailand setelah beraksi secara pinjaman bersama kelab Jepun, Shimizu S-Pulse pada tahun lalu dimana beliau merekodkan 3 gol dalam 24 penampilan.

“Sebab utama saya memilih BG Pathum ialah pasukan ini mempunyai sasaran dan mahu berada di kalangan pasukan terbaik. Saya mahu membantu dan terlibat untuk memastikan sasaran tersebut dicapai.

“Bagi memastikan tahap kecergasan dijaga sewaktu tempoh kuarantin, mereka menyediakan peralatan dan juga basikal. Saya berusaha menjaga diri dan mengekalkan tahap kecergasan.

“Saya mahu menampilkan prestasi terbaik, terutamanya dalam saingan AFC Champions League (ACL) kerana semua pemain mahu beraksi di peringkat tertinggi.

Sumber Gambar: BG Pathum United

“Selain itu, saya mahu menyesuaikan diri untuk bergandingan bersama Diogo Luis Santo. Saya pernah menyaksikan beliau beraksi. Saya harap gandingan ini dapat memberikan hasil untuk pasukan dimana saya dan Diogo boleh menjaringkan gol,” kata Teerasil Dangda.

Teerasil dan Diogo pernah menjadi raja dalam saingan Thai League 1 ketika kedua-dua pemain beraksi bersama Muangthong United dan Buriram United sebelum ini.

Diogo telah menjaringkan lebih 100 gol bersama Buriram manakala Teerasil pula telah menjaringkan lebih 117 gol bersama Muangthong.