Final Piala Malaysia 6 pemain jadi tumpuan penyokong Harimau Selatan-Lang Merah

AKSI final Piala Malaysia edisi ke-93 ditunggu-tunggu peminat bola sepak tempatan bagi menyaksikan pertembungan dua kelab g3rgasi dari selatan dan utara, iaitu Kedah dan JDT.

Lebih mengagumkan  keua-dua pasukan ini layak ke pentas akhir selepas mengharungi aksi penuh dramatik sepanjang Piala Malaysia berlangsung.

Kedua-dua tampil di pentas Piala Malaysia ini dengan langkah bergaya apabila JDT turun selaku juara Liga Super manakala Kedah pula merupakan juara Piala FA.

Pert3mbungan kedua-dua pasukan ini dianggap perlawanan ulangan Piala Malaysia 2017 yang menyaksikan skuad Harimau Selatan menjulang trofi selepas kemenangan 2-0.

Namun apa lebih menarik, bukan sahaja rekod yang bakal menjadi impian, sebaliknya beberapa nama besar bintang bola sepak tempatan dijangka turun dengan penuh bangga dengan lencana kelab di dada masing-masing.

1. Safawi Rashid (JDT)

Antara pemain muda yang namanya selalu meniti di bibir-bibir penyokong tempatan. Dengan rekod cemerlang sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini, Safawi,22, dianggap peny3rang berb!sa JDT.

Jaringan hatrik ketika aksi kedua separuh akhir menentang Selangor Sabtu lalu menjadikan pemain kelahiran Dungun,Terengganu ini tumpuan di padang dengan rekod 10 gol keseluruhan dalam kempen ini.

Gerakan berb@hayanya pasti akan mengu car kac!rkan b3nteng perlawanan lawan.

Safawi merupakan pemain tempatan pertama sejak Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC) pada musim 2017 untuk menjaringkan hatrik dalam aksi Piala Malaysia.

2.Muhammad Syafiq Ahmad (JDT)

Prestasi bekas peny3rang Kedah berusia 24 tahun ini dilihat berada di kemuncak dengan aksi luar biasa apabila l3dakannya pada saingan suku akhir sebelum ini berjaya meletakkan JDT ke saingan separuh akhir.

Sebelum ini Syafiq juga antara watak utama dalam skuad negara dengan menjaringkan dua gol pada aksi Kelayakan Dunia 2022/2023 baru-baru ini.

3.  Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Pemain senior Kedah berusia 31 tahun ini antara ‘ayam tambatan’ Lang Merah.

Jaringannya ketika saingan separuh akhir Sabtu lalu ketika bertemu dengan Pahang membuktikan Baddrol antara peny3rang yang tidak boleh terlepas pandang.

Jika sebelum ini Baddrol membantu membawa Kedah menjulang trofi Piala FA musim ini, tetapi kali ini dia berazam untuk membawa pulang Piala Malaysia yang dimenangi 2016.

4.  Zaquan Adha Abdul Radzak dan Aidil Zafuan (Kedah & JDT)

Pasangan berpengalaman kembar ini buat julung kalinya bakal bertemu dalam skuad berbeza dalam aksi akhir liga tempatan.

Zakuan,32, antara penggerak utama di barisan ser@ngan Lang Merah antara pemain yang diharapkan penyokong-penyokong untuk melakukan sesuatu istimewa pada aksi akhir ini.

Manakala abang kembarnya, Aidil merupakan pemain penting di barisan pertahanan di JDT dan pastinya akan meng3kang kemaraan pasukan lawan.

Selain itu, Zakuan mengakui perlawanan ini dianggap detik paling manis dalam kariernya sepanjang 13 tahun selepas berjaya mara ke pentas akhir dengan agregat 8-8 ke atas Pahang. 5.  Diogo Luis Santo (JDT)

Peny3rang import termahal JDT,  Diogo Luis Santo antara pemain yang dig3runi lawan.

Gandingannya bersama Safawi dilihat sebagai gandingan berb!sa dalam membuka peluang gol di gawang pihak lawan.

Pemain berusia 32 tahun kelahiran Brazil ini dijangka dikawal ketat sekiranya turut beraksi selalu pemain utama Sabtu ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.