FIFA Cadang Peraturan Baharu

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bakal memperkenalkan peraturan baharu, dimana setiap pasukan dibenarkan membuat 5 pertukaran pemain dalam perlawanan apabila saingan liga domestik di negara setiap anggota kembali bersambung.

Kertas kerja cadangan peraturan baharu tersebut telah pun dihantar ke International Board (IFAB) iaitu penjaga undang-undang permainan untuk mendapatkan persetujuan daripada mereka sebelum dilaksanakan dalam perlawanan sebenar.

Peraturan tersebut dicadangkan bagi mengelakkan lebih ramai pemain mengalami kecederaan serius selepas berehat lama kerana penangguhan liga domestik susulan penularan wabak COVID-19.

“Apabila pertandingan kembali bersambung, jadual akan menjadi lebih padat dan lebih banyak perlawanan yang perlu dihadapi oleh pemain.

“Keselamatan pemain adalah salah satu keutamaan FIFA. Jumlah perlawanan yang banyak berisiko mendatangkan kecederaan yang lebih serius,” kata wakil FIFA dalam satu kenyataan.

Bagi mengatasi masalah kecederaan pemain, FIFA telah mengemukakan cadangan kepada IFAB untuk melonggarkan Undang-Undang pertukaran pemain untuk sementara waktu bagi membenarkan sejumlah besar penggantian.

Ia bermaksud, setiap pasukan boleh membuat 5 pertukaran pemain selama 90 minit perlawanan dan 6 pertukaran pemain jika perlawanan diheretkan ke masa tambahan.

sumber: vocketfc

Peraturan tersebuk dijangka akan dikuatkuasakan sehingga musim 2021 dan juga bakal dilaksaknakan dalam kejohanan Eropah tahun depan menurut sumber rapat FIFA.

“Sekiranya peraturan ini diluluskan oleh lembaga pengarah, setiap liga dan setiap badan induk di negara masing-masing boleh memutuskan sama ada mahu menggunakan peraturan ini atau tidak dalam saingan liga masing-masing,” kata jurucakap FIFA.