Faktor Kalah Berganda

Jadual perlawanan yang padat dan ketiadaan tonggak utama yang ced3ra menjadi alasan pengendali Kelantan, Marco Ragini terhadap kekalahan berturut-turut pasukannya di laman sendiri.

Ragini berkata, pemainnya kekurangan rehat selain masalah keced3raan beberapa pemain merencatkan perancangannya membentuk skuad terbaik menentang Terengganu FC II dalam aksi petang semalam.

Katanya, bagaimanapun pujian wajar diberikan kepada anak buahnya yang tetap bermain dengan penuh semangat.

“Mereka bermain dengan baik dari perlawanan sebelum ini dan segala perancangan yang dipraktikkan ketika latihan turut dicorakkan dalam permainan. “Namun takdir memisahkan pasukan Kelantan FC untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan semalam,” katanya.

Jurulatih Itali itu berkata, dia turut melakukan beberapa perubahan posisi pemain untuk menampung posisi pemain utama yang ced3ra namun tetap tidak berhasil.

Bagaimanapun ujar beliau kehadiran pemain Presiden, Mohamad Hafizan Ghazali dan Muhammad Syaqimi Rozi memberi persembahan yang memuaskan hati.

“Walaupun masih tiada pengalaman tetapi mereka berusaha untuk membuktikan sesuatu kepada penyokong,” katanya.

Beliau berkata, dia melihat pasukannya mempamer aksi lebih baik terutamanya di babak kedua perlawanan hingga mencipta beberapa peluang menjaringkan gol namun tuah lebih memihak kepada pelawat.

Ragini berkata, pihaknya kini akan memberi fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Sarawak United FC pada Sabtu ini dan berharap mampu mencuri tiga mata penuh beraksi di tempat lawan.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC II, Badrul Afzan Razali mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu yakin dengan kemenangan keenam mereka kerana perjalanan liga masih panjang.

Katanya, meskipun melonjak ke tangga kedua liga ketika ini, namun dia masih akan memperbaiki kelemahan yang ada dan mengekalkan kelebihan yang membolehkan pasukan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan terdahulu.

“Saya ingatkan pemain buat yang terbaik, sebab jadual kita padat, dua perlawanan dalam seminggu kena bersedia dan jangan ambil mudah menghadapi lawan,” katanya.