Faceb0ok sekat video puji kecekapan Malaysia tangani Covid-19

KUALA LUMPUR – Pada 18 Mei lepas Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Faceb0ok beliau di ruangan Other Side of the Truth, yang memuji tinda kan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pand3mik C0vid-19, bagaimanapun Faceb0ok merasakan sebaliknya.

Video bertajuk How Malaysia Did the Impossible, menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi C0vid-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.

Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun Faceb0ok kini menyekat capaian video itu dan juga iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya.

Pfundheller yang jelas kec3wa dengan tinda kan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lepas mempersoalkan tinda kan Faceb0ok itu dan menjelaskan mengapa tinda kan itu tidak seharusnya berlaku.

“Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang-bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga mempunyai 30 YouTubers yang membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video itu.

“Satu perkara yang saya dapati daripada kajian semula mereka adalah, ada banyak lagi yang seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan – contohnya memberikan perkhidmatan internet percuma,” katanya menerusi klip video berkenaan.

“Ini amat mengec3wakan, kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan. Apabila anda lihat negara melakukan sesuatu yang hebat dalam mel@wan C0vid-19, semuanya mengenai negara barat, atau mungkin Taiwan, tapi negara seperti Malaysia seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia,” tambahnya.

Pfundheller yang merupakan seorang pakar be dah pergigian yang sering memberikan perkhidmatan sukarelawan perkhidmatan di serata dunia berkata, beliau telah bekerja keras untuk memberikan penghargaan yang sepatutnya kepada Malaysia.

“Apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsu dan Facebook menyekatnya tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai pal su dan mengelirukan.

Katanya, beliau juga tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Faceb0ok, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia.

Sumber : SH

Pfundheller berkata, platform media sosial mungkin mempunyai perasaan berat sebelah terhadap beberapa kandungan tertentu.

“Saya rasa bagi pertubuhan besar seperti Faceb0ok, adalah penting bagi mereka untuk melayan semua orang, semua pencipta, negara,…semuanya perlu mendapat layanan saksama,” katanya. – Bernama