Eloklah FIFA menggantung

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan pihaknya kini dalam proses terakhir mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu keselamatan membabitkan pasukan dan penyokong Harimau Malaya.

Ia berikutan pada aksi membabitkan skuad Kebangsaan menentang tuan rumah Indonesia pada perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis lalu.

Menurut Hamidin, beberapa elemen kekac4uan yang menyalahi garis panduan pertandingan sudah dikenal pasti dan pihaknya akan menyerahkan laporan kepada FIFA pada Selasa ini.

“Kita dah kumpulkan segala maklumat dan bukti, InsyaAllah Selasa ini kita akan serahkan kepada FIFA dan salinan kepada AFC (Konfederasi Bolasepak Asia).

“Pegawai perlawanan juga akan buat laporan kenapa aksi itu ditangguhkan dan penyokong masuk dalam (kawasan padang) dan kita biarkan FIFA putuskan semuanya.

“Kita kena ingat apa yang terjadi ini di luar daripada prosedur yang dibenarkan oleh FIFA. Pertama penyokong masuk dalam, nyanyian yang tak baik kepada penyokong kita atau pasukan kita, naik barracuda dan perlawanan ditangguhkan.

“Empat atau lima elemen ini dah memang salah dari segi peraturan. Apapun kita serahkan kepada FIFA. Kalau tanya pendapat saya, eloklah FIFA menggantung Bung Karno (stadium) ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kendalian Tan Cheng Hoe di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, hari ini.

Tambah Hamidin lagi, bagi mengelak insiden sama berulang pada masa hadapan, pertemuan kedua-dua negara terutama beraksi di Indonesia mungkin perlu diadakan di venue berkecuali bagi mengelak peristiwa sama berulang.

“Kita boleh mohon (gelanggang berkecuali) tapi dalam organisasi bola sepak kita kena menghormati badan induk lain juga supaya kita tidak terl4mpau sent!men sangat pasal benda ini.

“Tapi ini mungkin jalan terakhir dan kita akan tunggu apa tind4kan FIFA selanjutnya selepas ini. Kalau itu salah satu pilihan dan tak ada pilihan lain. Tapi apapun penganjurnya FIFA dan AFC yang berhak membuat keputusan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *