Dominic Tan sertai kelab Liga 1 Thailand

Dari Larkin ke Thailand.

Pasukan Johor Darul Ta’azim hari ini mengumumkan bahawa pemain pertahanan mereka, Dominic Tan dipinjamkan secara rasmi ke kelab Liga 1 Thai, Trat FC secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi laman media sosial rasmi mereka, Johor Southern Tigers.

Dominic yang pernah beraksi untuk JDT II sebelum dinaikkan ke JDT sebelum ini juga pernah dipinjamkan ke kelab Portugal, Vilaverdense.

Trat FC kini berada di tangga keenam liga Thai dan bakal berdepan Sukhotai FC esok dalam aksi Liga Thailand.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *