Dickson Nwakaeme Jadi Wira Pahang

Melaka tewas dalam perlawanan terakhir, sementara Pahang pula berjaya mencatat kemenangan pertama musim ini dalam perlawanan terakhir mereka. Zainal Abidin Hassan menentang Dollah Salleh tidak pernah gagal memberikan hiburan yang menarik kepada peminat bolasepak tempatan.

Pahang mencatat kemenangan kedua mereka dan Melaka pula merasai kekalahan kedua berturut sebelum Liga Malaysia ditangguhkan sementara ekoran sebaran wabak COVID-19. Jaringan tunggal Dickson Nwakaeme membolehkan Pahang menewaskan Melaka United dengan keputusan 1-0.

Separuh masa pertama bermula dengan cukup sengit yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang. Melaka United mendapat beberapa peluang menerusi gandingan Sonny Norde dan Uche Agba, sementara Pahang pula menguji Khairul Fahmi di gawang Melaka dengan gandingan Mohamadou Sumareh dan Ivan Carlos.

Bagi membantu mencari gol, Pahang membuat keputusan untuk memasukkan Dickson Nwakaeme bagi menggantikan Gopi Rizqi pada minit ke-52. Kemasukan Dickson ternyata banyak menukar permainan dengan kekuatan fizikalnya memberikan kesukaran kepada pertahanan Melaka.

Gol yang dicari akhirnya menjelma pada minit ke-67. Gandingan Ivan Carlos dan Dickson Nwakaeme berjaya memberikan gol pendahuluan buat Pahang. Hantaran Ivan Carlos disudahkan dengan baik oleh Dickson biarpun diasak oleh Narupon.

Melaka terus menerus cuba mencari gol penyamaan, tetapi barisan pertahanan yang diterajui Herold Goulon dan Khalil Khamis cukup kental untuk memastikan barisan ser@ngan Melaka tidak dapat menguji Sharbinee Allawee.