Dickson Beri Bayangan

Striker import Pahang, Dickson Nwakaeme mengakui sudah sebati dengan negeri pantai timur tersebut sehinggakan amat menggemari akan masakan tempatan seperti ikan patin masak tempoyak dan kangkung goreng belacan.

Pemain berusia 33 tahun kelahiran Nigeria berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi satu rakaman Instagram Live di akaun peribadinya, semalam.

“Saya orang Pahang, anak Pahang, anda semua pun tahu.”

“Saya suka ikan patin, saya suka kangkung (goreng) belacan, saya sangat cintakan Pahang. Saya umpama budak kampung Pahang.” katanya.

Dalam sesi Instagram Live tersebut, beliau menyatakan perasaan gembiranya kembali ke Malaysia dan menyarung jersi Pahang pada musim ini. Malah, Dickson turut berpuas hati memainkan peranan memacu Pahang menjadi naib juara Liga Super serta mara ke saingan separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, Dickson mend3dahkan bahawa beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya samada kekal bersama Pahang atau menyertai pasukan di dalam atau luar negara.

“Buat masa sekarang saya belum membuat sebarang keputusan untuk bermain dengan mana-mana pasukan, belum pasti lagi. Saya juga tidak tahu mengenai perancangan Pahang (musim depan).

“Saya tidak mahu terbvru-bvru. Saya dapat banyak panggilan daripada pihak yang mengaku sebagai ejen-ejen dan pengurus daripada pasukan lain.

“Tetapi saya tidak memberikan sebarang respon dan mengangkat panggilan-panggilan tersebut kerana saya belum bersedia untuk bercakap dengan mana-mana pihak.”

“Percayalah, saya mahu kekal di Malaysia dan mungkin menamatkan karier saya di Malaysia. Saya gembira di Malaysia.” kata Dickson dengan penuh bangga bermain dalam kancah Liga Malaysia yang menunjukkan kemajuan daripada segenap aspek setiap tahun.

Tatkala sedang khusyuk bercerita dan berkongsi sedikit sebanyak mengenai perancangan pada musim depan, sesi Instagram Live yang dibuat oleh Dickson Nwakaeme turut disertai oleh ketua jurulatihnya, Dollah Salleh.

Dollah Salleh ada memberikan komen dalam sesi tersebut dengan mengatakan striker berb@dan s@sa ini perlu kekal dalam pasukan Pahang untuk musim depan.

Dickson pantas memberikan respon dengan berkata, “Sudah tentu boss, kalau awak cakap saya perlu kekal, saya akan kekal.”

“Awak adalah boss, Pablo Dollah!” katanya dengan penuh gembira.

Sempat juga Dickson berkongsi pengalamannya kembali bermain bola sepak secara komp3titif setelah hampir lebih setahun berehat pada musim 2018.

Namun, sedikit menghampakannya apabila beberapa siri keced3raan menimpanya dan menyukarkannya untuk memberikan prestasi 100% di atas padang musim ini.

“Musim 2020 akan lihat Dickson yang sebenar, anda panggil saya Orang Besi, betul tak?”

“Musim ini agak (berg3lut) disebabkan kec3deraan, tetapi penghujung musim saya kembali c3rgas. Jadi, tahun depan saya akan menyertai persiapan pra musim, dan saya akan lebih bersedia.”

“Oleh itu, kepada pert@hanan-pert@hanan dan pasukan-pasukan, siap sedia. Saya akan kembali untuk kutip kembali apa yang saya terc!cir pada musim ini di Malaysia, saya akan kembali untuk memenangi kembali piala-piala yang saya terlepas pada tahun ini.” kata Dickson dengan penuh bersemangat.

Pasukan dengan mentaliti juara jadi pilihan Dickson Nwakaeme

Sungguhpun berg3lut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya selepas berehat lebih setahun dan dihimpit keced3raan pada musim ini, Dickson Nwakaeme telah menjaringkan 9 gol dalam saingan Piala Malaysia, 2 gol dalam saingan Piala FA dan 7 gol saingan Liga Super menjadikan keseluruhan 18 gol.

Satu rekod yang agak baik buat Dickson Nwakaeme dan 3 gol sahaja yang memisahkan beliau dengan striker Kedah, Fernando Rodriguez yang merupakan penjaring terbanyak Liga Malaysia 2019 dengan rekod 21 gol.

Untuk meneruskan mom3ntum tersebut, penyerang yang pernah berkelana dalam kancah Liga Perancis bersama SC Angers suatu ketika dahulu meletakkan syarat mahu menyertai pasukan bermental!tikan juara sahaja pada musim depan.

“Jadi, pasukan yang saya akan wakili pada musim seterusnya mestilah bersedia untuk menang (piala), saya tidak mahu bermain sekadar untuk mewakili mana-mana pasukan atau mengambil gaji sahaja.”

“Duit itu juga penting kerana saya ada bil-bil yang perlu dijelaskan dan ahli keluarga yang perlu saya jaga. Tetapi ia tidak boleh dibandingkan dengan kegembiraan apabila menang. Ia tak sama.” katanya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.