Damian Yeo Beri Amaran Kepada Shukor Adan

Perseteruan antara Shukor Adan dan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Damian Yeo kini memasuki babak baharu apabila Damian seolah-olah melaungkan amaran kepada bekas ketua pasukan Melaka United itu mengenai isu tunggakan gaji.

Menerusi laman media sosial Facebook milik Damian, beliau memuat naik status yang mengatakan jika Shukor mahu bermain dengan api, maka Damian tidak teragak-agak untuk membalasnya dengan api.

Terbaru, menurut laporan Foxsport Malaysia, terdapat satu screenshot perbualan WhatsApp yang tular di media sosial dimana Damian akan membayar tunggakan gaji pemain lain dan mahu membakar duit tunggakan gaji kepunyaan Shukor.

Syukor Adan, if you are playing with fire than I shall give you fire.

Posted by Damian Yeo on Monday, January 6, 2020

“Jangan ugut persatuan, dia belum tahu siapa saya lagi. Saya akan bayar (tunggakan) semua pemain, dan dia (Shukor) punya aku bakar duit dia.”

Sebelum ini, Shukor mengambil keputusan untuk menghantar afidavit bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada MUSA kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara ini dipercayai menjadi faktor mengapa Damian Yeo b3rang sekaligus memberikan amaran kepada bekas pemain Selangor dan Felda United itu.

sumber: vocketfc