Dalam Radar Pasukan Kedah ?

Status masa depan Kipre Tchetche bersama Terengganu FC (TFC) tampak samar selepas t0nggak import itu menolak tawaran pembaharuan kontrak untuk musim depan.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim, yang berharap pasukan itu dapat mencari pengganti setanding.

Menurutnya, PBSNT telah pun mengemukakan tawaran kepada Tchetche dua minggu lalu untuk terus mengetuai j3ntera ser@ngan TFC, namun gagal mencapai persetujuan.

Peny3rang kelahiran Ivory Coast itu dikatakan berada dalam radar beberapa kelab, termasuk juara Piala FA dan finalis Piala Malaysia, Kedah.

“Nampaknya (Tchetche) dah ada pasukan pilihannya sendiri dan saya jangka dia tidak akan kekal bersama TFC,” katanya.

Selain itu, Hishamuddin turut mengesahkan khidmat pemain dari Kemboja, Thierry Chantha Bin, tidak lagi diperlukan dan TFC akan mendapatkan pemain baru bagi kuota ASEAN.

Chantha Bin adalah tonggak tengah TFC ketika di bawah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim sebelum diketepikan ak!bat masalah kec3rgasan dan prestasi.

Ketua jurulatih, Mohd Nafuzi Zain, akan diberikan tugas untuk mencari tonggak import sekembalinya TFC daripada kejohanan jemputan di Chittagong, Bangladesh minggu ini.

“Persatuan meletakkan kepercayaan kepada Nafuzi untuk membentuk pasukan yang mantap dan mencari pengganti lebih baik.

“Setakat ini, hanya Lee Tuck dan (Sanjar) Shaakhmedov akan kekal bersama TFC,” tambahnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.