Dalam Kenyataan Rasmi

Juara Liga Super lapan musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berbelanja semula bagi memantapkan pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan rasmi di laman Johor Southern Tigers berkata, sejak tiga musim lalu, kelab berkenaan terlalu selesa dan tidak mengeluarkan perbelanjaan sepatutnya.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan kelab dan juga beberapa maklumat yang lain.

Maklumlah orang jarang kalah ini, sekali sekala bila kalah jadi rajin pula buat kerja. Ada hikmah disebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya.

Selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar. Ianya akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding pada musim depan.

“Ada hikmah disebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya,” kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail juga mengesahkan JDT akan menjalani latihan pramusim di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) iaitu di Dubai dan Abu Dhabi serta mengadakan aksi persahabatan dengan kelab tempatan di sana dan juga kelab-kelab Eropah.

Selain itu, Tunku Ismail juga memaklumkan beberapa pemain JDT akan dikekalkan dan juga pemain yang bakal dipinjamkan keluar sama ada beraksi untuk kelab di Liga M atau saingan liga luar negara.

“Pengarah Teknikal JDT (Alistair Edwards) akan membuat pengumuman kepada penyokong dengan lebih mendalam lagi kelak,” katanya.

Tunku Ismail juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih buat penyokong dan keluarga JDT malah turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada setiap individu di dalam kelab berkenaan terutama pemain dan barisan kejurulatihan pasukan itu.

Mereka begitu komited sehingga membawa kejayaan mencipta sejarah sebagai satu-satunya kelab yang memenangi kejuaraan liga lapan musim berturut-turut dan layak ke peringkat tertinggi dalam Asia iaitu ACL.

sumber:- HM

“Saya baru ingat hendak berehat daripada terbabit dalam bola sepak tahun depan. Tapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat. Seperti yang saya pernah katakan ‘Harimau yang lvka akan kembali mengaum’ (a wounded Tiger is always eager to bounce back),” kata Tunku Ismail.