Cristiano Ronaldo sekali lagi mencipta sejarah

PORTUGAL 3 Sept. – Cristiano Ronaldo sekali lagi mencipta sejarah apabil memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Portugal buat kali ke-10.

Pemain berusia 34 tahun itu mendominasi anugerah tersebut selepas memenanginya buat kali pertama sejak 2007 kecuali pada 2010 dan 2014 yang menyaksikan Simao dan Pepe masing-masing merampas seketika gelaran tersebut.

Ronaldo yang masih segar dengan kejayaan membantu Juventus memenangi Serie A buat kali kelapan berturut-turut pada musim lalu menewaskan pencabarnya Joao Felix dari Atletico Madrid, Bernardo Silva (Manchester City), Bruno Fernandes (Sporting Lisbon) dan Ruben Neves (Wolves).

Anugerah tersebut diadakan di Carlos Lopes Pavilion dekat Lisbon di mana Ronaldo menghadapi tahun yang sukar ketika di awal kariernya bersama Sporting Lisbon.

“Dunia bergerak pantas, dengan media sosial, media, semuanya berada di luar jangkaan.

“Secara peribadi saya pernah menghadapi tahun yang sukar. Jangan beri peluang kepada sesiapa untuk menjatuhkan anda. Saya tidak boleh tolong namun Sporting selayaknya menerima anugerah. Lain kali,” kata Ronaldo.

Benfica menang besar apabila memenangi Pasukan Tahunan Terbaik bagi kategori lelaki dan wanita. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *