cetus kontr0versi

Tindakan pemain import Selangor FC II, Hein Htet Aung meraikan gol dengan simbol tiga jari menyaksikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menuntut penjelasan daripada pasukan itu.

‘Surat cinta’ itu dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan tonggak import dari Myanmar itu.

Ketika Arena Metro menghubungi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu, Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, MFL telahpun meminta penjelasan daripada Selangor FC 2 dan sekiranya terdapat tindakan tertentu diperlukan ia akan dirujuk kepada FAM.

“Surat itu dikeluarkan MFL kepada Selangor. MFL sedang meneliti kes ini dan akan merujuk ke FAM untuk tindakan diperlukan,” katanya.

Pada aksi Liga Perdana menentang PDRM FC Sabtu lalu, Htet Aung menunjukkan hormat tiga jari yang sinonim dengan konflik politik di Myanmar ketika ini di mana rakyat negara itu membuat tunjuk perasaan serta bantahan sambil mengangkat tiga jari sebagai simbol menen tang pihak tentera.

Meraikan gol berbaur p0litik sememangnya tidak dibenarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dengan beberapa kes sebelum ini berakhir dengan pengg@ntungan pemain.

Untuk rekod, dua pemain Switzerland iaitu Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri pada Piala Dunia 2018 pernah berdepan amaran keras kerana meraikan gol dengan simbol helang berkepala dua pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Serbia.

Ia lambang politik yang relevan dengan etnik Albania berikutan pep3rangan di negara terbabit dan kedua-dua pemain itu dig@ntung dua aksi oleh Fifa.

Pada 2013, pemain Mesir, Ahmed Abdul Zaher dig@ntung daripada beraksi dalam saingan Piala Dunia Kelab Fifa kerana meraikan gol dengan simbol empat jari, sinonim dengan pr0tes terhadap kerajaan.