JDT Catat Rekod

Kehangatan saingan liga bola sepak tempatan seperti dijangka semakin meningkat berbanding perlawanan pembukaan minggu lalu.

Ini terbukti apabila perlawanan MD2 semalam telah berjaya mencatatkan satu angka yang cukup member@ngsangkan dimana hampir 2.3 juta tontonan direkodkan melalui platform Youtube unifiTV sahaja!

3 perlawanan telah berlangsung semalam dan perlawanan JDT bertemu Penang FC muncul sebagai perlawanan paling mencu ri tumpuan apabila merekodkan 1,067,185 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam (Youtube unifiTV sahaja).

Menurut laman Facebook rasmi JDT, jumlah tontonan untuk kelab itu melalui Youtube unifiTV dan RTM adalah berjumlah melebihi 1.6 juta tontonan!

Perkara ini pastinya amat menggembirakan semua peminat bola sepak liga tempatan dan beberapa maklum balas dari laman sosial menunjukkan ramai yang teruja melihat perkembangan seperti ini.

Bagi perl@wanan semua 6 perlawanan MD1 saingan Liga Super 2021, sebanyak 2.5 juta tontonan telah dicatatkan mengikut artikel yang telah kami keluarkan semalam.

Berdasarkan ‘momentum’ peminat bola sepak tempatan ketika ini, tidak mustahil angka tontonan keseluruhan melalui platform Youtube sahaja bakal mencecah 4 juta views bagi saingan MD2 Liga Super 2021, dimana 3 lagi perlawanan akan berlangsung malam ini.

Sebagai perbandingan, rekod tontonan perlawanan ke-8 Liga Super Malaysia 2020 yang disiarkan melalui platform sama mencatatkan jumlah views paling tinggi dengan jumlah 3 juta tontonan.

Musim 2021 ini, jumlah tontonan dijangka akan lebih baik berbanding musim 2020 dengan adanya pasukan Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang yang mampu menarik lebih ramai peminat untuk menyaksikan perlawanan melalui platform yang telah disediakan.