bukan lagi milik Luqman

Terdapat pertukaran nombor jersi dalam skuad KV Kortrijk apabila pemain baharu pasukan, Teddy Chevalier diberikan jersi nombor 9 bagi menghadapi baki saingan Jupiler Pro League musim ini.

Perkara ini lantas mencetus perd3batan di kalangan peminat khususnya rakyat Malaysia apabila sebelum ini, striker muda negara, Luqman Hakim memakai nombor tersebut.

Wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifli kemudiannya berkongsi sebab utama mengapa jersi nombor 9 diberikan kepada pemain kelahiran Perancis itu.

Menurutnya, pengurusan tidak terlibat dalam perkara terbabit melainkan hanya mahu memberi pengh0rmatan kepada Teddy yang dianggap pemain l3genda pasukan dan Luqman diberikan nombor baharu iaitu 99.

Chevalier merupakan salah satu striker terbaik yang pernah dimiliki oleh Kortrijk dimana beliau telah menjaringkan 52 gol sepanjang empat musim beraksi bersama pasukan itu.

Penjelasan ini sekaligus menutup sp3kulasi yang berlegar di laman media sosial dimana Luqman dikhabarkan bakal pulang ke Malaysia setelah kehilangan jersi nombor 9 itu.