bukan kerana Penalti

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, menegaskan kejayaan anak buahnya men3waskan Penang FC malam semalam bukan bersandarkan bantuan sepakan penalti. 

Jurulatih dari Mexico itu sebaliknya memuji usaha keras pemain selain percaturan taktikalnya yang berkesan.

Ia menyaksikan kemasukan Safiq Rahim dan Arif Aiman mencetuskan impak berbeza terhadap corak permainan skuad JDT yang akhirnya men3mbusi keampuhan benteng lawan menuju 10 minit terakhir perlawanan menerusi sepakan penalti Leandro Velazquez pada minit ke-81 disusuli penyudah berb!sa Fernando Rodriguez, empat minit kemudian.

Kami perlukan kepantasan di bahagian sayap. Arif memiliki larian yang sangat deras dan seorang pemain yang bijak.

Walaupun masih muda, dia tahu mencipta peluang dan kami juga memerlukan seorang yang boleh mengemudi pasukan jadi saya memasukkan Safiq Rahim yang dapat membaca permainan dengan begitu baik.

Kedua-dua pemain ini bermain baik dan tindakan saya merombak pasukan adalah kerana mereka baru beraksi Sabtu lalu.

sumber : SA

“Ia pilihan yang saya rasa yang terbaik dan akhirnya berakhir dengan baik,” katanya.