bukan hanya mewakili Terengganu tetapi Malaysia

KUALA TERENGGANU: Kejayaan merangkul trofi dalam Kejohanan Kelab Antarabangsa Sheikh Kamal di Chittagong, Bangladesh edisi ketiga kelmarin memberi petanda positif buat skuad Terengganu FC (TFC) dalam mengh@rungi kan cah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ini diakui kapten TFC, Lee Tuck yang mengakui gembira dengan prestasi rakan sepasukan dalam kejohanan itu walaupun ketua jurulatih, Nafuzi Zain tidak membawa keseb3lasan utama pasukan.

“Saya begitu gembira apabila bergelar juara kerana bukan senang untuk bermain menentang pasukan terbaik dari lima negara lain termasuk India dan Bangladesh dalam kejohanan jemputan itu.

“Kami tetap beraksi dengan baik dan tidak menganggap ia sebagai sesi pem@nas badan sebelum bermulanya liga tahun depan kerana kami datang dengan mi si untuk menimba pengalaman dan menikmati jelajah ini dengan permainan menarik.

“Kami bermain lima perlawanan dalam tempoh sembilan hari, jadi kami perlu kekalkan keku@tan m3ntal dan fiz!kal kami.

“Kejayaan ini jelas menunjukkan betapa Liga M mempunyai kualitinya yang tersendiri kerana kami bukan hanya mewakili Terengganu tetapi Malaysia,” ujar Tuck.

Dalam kejohanan itu, pemain berdarah campuran England-Malaysia itu meraih dua gelaran termasuk penjaring terbanyak kejohanan dengan mel3dak enam gol dan pemain terbaik kejohanan.

Lima negara menyertai kejohanan itu Bangladesh, India, Laos, Maldives dan Malaysia.

Pada perlawanan akhir, TFC menumpaskan pasukan tuan rumah, Abahoni Limited 2-1 hasil jaringan pemain muda meningkat naik, Hairiey Hakim Mamat dan Azalinullah Alias.

“Ini petanda positif buat pasukan dan saya terkejut dengan peningkatan pemain muda, mereka bermain baik dan saya percaya kita akan dapat melihat mereka bermain dengan pasukan Malaysia satu hari nanti,” kata Tuck.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.