Bukan hanya Mat Don

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar meneg4skan anc4man daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan hanya Liridon Krasniqi malah semua pemain pasukan itu menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini.

Baddrol berkata demikian ketika di4jukan soalan pada sesi sidang media mengenai pert3mbungan beliau dengan Liridon memandangkan kedua-dua pemain itu pernah menjadi rakan sepasukan selama tiga setengah musim. Baddrol meneg4skan JDT lebih dari sekadar Liridon di atas padang.

“Saya tidak memikirkan tentang Liridon sahaja seb4liknya semua pemain JDT bagi perlawanan esok. Kami menj4lani sesi pra musim yang baik namun masih ada ruang untuk penambahbaikan. Kami akan bermain di stadium yang mempunyai padang terbaik dan semua sudah sedia untuk ber4ksi,” kata Baddrol.

“Penting untuk kami menampilkan persembahan terbaik dan jika bernasib baik, kami dapat membawa pulang satu trofi sebelum sa!ngan Liga Malaysia musim ini membuka tirai.

Sebagai rekod, Kedah telah tampil dalam 7 perlawanan Piala Sumbangsih setakat ini dan 3 kali muncul sebagai juara. Dari 3 kejuaraan itu 2 kali adalah ditempat sendiri dan sekali ditempat lawan.

Bagi JDT pula, ini adalah penampilan ke 6 berturut-turut dalam Piala Sumbangsih sejak edisi 2015 dan mereka merekodkan 4 kali sebagai juara dan hanya sekali muncul sebagai naib juara, pada edisi 2017.

Sumber : vocketfc