Bukan Dua Bulan Tapi Dua Minggu

PENGURUSAN Persatuan Bolasepak Pahang (PFA) mengakui kelewatan pembayaran gaji, namun tidaklah sehingga mengambil tempoh sebulan atau lebih hingga menganiayai pemain. Menurut sumber pengurusan PFA, jika ada kelewatan hanyalah membabitkan beberapa kakitangan pasukan itu dan bukannya pemain selain pihaknya sentiasa memastikan kebajikan pemain serta pegawai pasukan mendapat perhatian sewajarnya.

Jika ada kelewatan mungkin mengambil masa dua minggu berikutan penularan pand3mik Cov!d-19 dan setakat ini tiadalah dengar gaji tertunggak hingga dua atau tiga bulan.

Apa yang saya dengar setakat ini kelewatan tidak begitu ketara, namun harap pemain memahami situasi sekarang ini…kebanyakan pasukan lain turut terjejas berikutan saingan Liga Malaysia (Liga M) tidak dapat dijalankan, katanya.

Arena Metro hari ini melaporkan badai tunggakan gaji akibat pand3mik Cov!d-19 tidak mengenal pasukan berstatus g3rgasi atau sebaliknya apabila dikhabarkan skuad Pahang terkena tempias menghadapi masalah pembayaran kepada pemain dan pegawai pasukan sejak Mac lalu.

Walaupun perkara terbabit kurang berlegar di media sosial, sumber rapat pasukan itu akhirnya membuka mulut dengan mengesahkan pemain dan pegawai pasukan hanya menerima sebulan gaji sejak Februari lalu.

Sementara itu, usaha Arena Metro mendapatkan penjelasan daripada pengurusan tertinggi PFA gagal apabila rata-rata mereka enggan mengulas mengenai perkara terbabit.