Persatuan Bolasepak Negeri Pahang seakan boleh menarik nafas lega

Ini selepas majikan baharu pemain itu yang juga pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia berunding dengan beliau untuk mengurangkan jumlah bayaran berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Tunku Ismail dalam komen beliau pada satu akaun Instagram yang dipercayai milik penyokong Pahang iaitu pahangfansclub.

“Terima kasih Pahang. Saya akan nego (berunding) dengan dia (Sumareh) untuk selesaikan dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement (penyelesaian) Pahang hutang dia,” tulis Tunku Ismail.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat komen itu pada perkongsian laman berkenaan yang mengucapkan selamat berjaya kepada Sumareh bersama pasukan baharunya, JDT.

Sebelum ini, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan PBNP membayar kira-kira RM4.9 juta kepada Sumareh membabitkan tunggakan gaji dan pelanggaran kontrak.

Selain itu, TMJ turut mengucapkan selamat datang kepada Sumareh ke skuad Harimau Selatan menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab itu, officialjohor.

“Selamat datang ke gelanggang juara. Juara yang sebenar,” tulis TMJ.

Dalam satu lagi komen berasingan di laman itu, TMJ turut mendedahkan JDT akan mengumumkan senarai penuh pemain JDT, hari ini.

Striker, pemain tengah, pertahanan dan penjaga gol. Tiga pemain terbaik di setiap posisi.

JDT juga akan menandatangani seorang lagi pemain import pertahanan tengah untuk JDT 2. Saya nak kelab mempunyai kekuatan di setiap posisi.

“Penggiliran untuk ACL (Liga Juara-Juara Asia), Liga Super dan Piala Malaysia termasuk Piala FA 2022. Untuk maklumat, jersi (JDT) tahun ini cantik,” tulisnya.