Bintang muda Indonesia Mahu beraksi bersama Pasukan Malaysia

Pemain skuad B-23 tahun Indonesia, Samuel Christianson menyuarakan minat beliau untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada masa akan datang.

Samuel merupakan pemain pertahanan kanan berusia 21 tahun dan beliau berdaftar sebagai pemain Madura United dalam saingan Liga 1 musim ini.


Namun, akibat pand3mik C0VID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, saingan Liga 1 ditangguh ke musim hadapan, sekaligus menyebabkan Samuel tidak beraksi sebarang perlawanan kompetitif tahun ini.

Saya mahu beraksi di luar negara, sama ada di Thailand atau Malaysia. Ini kerana saingan bola sepak di dua negara ini boleh dijalankan. Bahkan, di Thailand penonton sudah dibenarkan untuk hadir ke stadium, kata Samuel Christianson menurut laporan Bola Sport.

Pemain Indonesia bukanlah asing dalam saingan Liga Malaysia dimana beberapa pemain berjaya mencipta nama serta memenangi kejuaraan seperti Piala Malaysia dan Piala FA.