Bintang Kedah Zaquan Adha Mengikut Jejak Pemain-Pemain Tempatan Lain

KUALA LUMPUR: Bintang Kedah Zaquan Adha Abd Radzak mengikut jejak pemain-pemain tempatan lain yang menceburi dunia perniagaan susulan liga terhenti akibat pandemik COVID-19.

Zaquan dilihat mempromosikan baju Melayu yang dijual menerusi Instagram Masquline_zaquan ketika rakyat negara ini dijangka akan menyambut Aidilfitri kira-kira sebulan lagi.

Promosi di media sosial menjadi pilihan Zaquan ketika Perintan Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan Malaysia bagi mengekang penularan COVID-19.

Sebelum ini, beberapa pemain bola sepak termasuk rakan sepasukan Zaquan dalam skuad Kedah, Azmeer Yusof menggunakan peluang menambah pendapatan sepanjang PKP dengan menjual ikan bersama sepupunya, Hazali Hamid.