berterima kasih kepada kapten dan legenda pasukan Kedah

Tunjuk ajar oleh kapten Kedah Baddrol Bakhtiar menjadi panduan dan dorongan berguna buat pemain muda posisi tengah Mohd Aiman Afif Md Afizul dalam meningkatkan prestasinya bersama skuad Hijau Kuning untuk aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Aiman yang beraksi cemerlang dengan rekod tujuh gol ketika mewakili Malaysia dalam saingan kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 dua tahun lalu berkata, ilmu yang dia peroleh daripada pemain senior dan legenda Kedah itu menjadi panduan yang sangat berguna buatnya dalam usaha membvru kejayaan seterusnya.

Saya amat berterima kasih kepada kapten dan legenda pasukan Kedah Baddrol Bakhtiar yang banyak memberi tunjuk ajar terutama bagaimana hendak memperbaiki dan meningkatkan lagi tahap permainan saya selama ini.

Dia sendiri melalui banyak pengalaman yang berharga bersama pasukan di mana berjaya memimpin skuad Kedah melalui teladan dan mampu mengekalkan prestasi cemerlangnya lebih kurang 13 tahun bersama pasukan ini termasuk skuad kebangsaan.

Perancangan saya bagi jangka pendek adalah selepas terpilih untuk beraksi di kejohanan antarabangsa iaitu Piala AFC Bawah 19 Tahun, namun aksi itu dibatalkan disebabkan pand3mik C0vid-19.

Kini saya mahu fokus seratus peratus untuk persiapan skuad Liga Super Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan ini satu-satunya kejohanan yang saya ada untuk tunjukkan bakat kepada jurulatih dan memperbaiki lagi prestasi saya, katanya.

Aiman menerusi laman rasmi KDA FC semalam juga berkata selepas memasuki musim 2021 ini, dia berazam untuk mendapat lebihan minit beraksi dalam permainan disamping memperbaiki kemahiran dan meningkatkan tahap kecergasan berbanding musim lalu.

Tahun ini saya nampak semua pemain sedang mempamerkan komitmen seratus peratus di dalam dan luar padang dengan modul latihan pramusim yang disediakan jurulatih.

Latihan yang dirancang sudah pasti dengan modul berkeupayaan tinggi dan saya lihat semua pemain menyambut cabaran latihan itu dengan bersungguh-sungguh, katanya.

Aiman bagaimanapun mengakui sedikit terkesan mengenai corak latihan secara berkumpulan yang dirancang sebelum ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan selama dua minggu di Kedah bermula besok.

Ia memberi sedikit kesan terhadap latihan, namun demi keselamatan dalam membendung w2bak C0vid-19 ini, kita perlu akur dan kita masih boleh beriadah dan bersenam secara individu seperti aktiviti berbasikal yang juga pilihan yang bagus untuk mengekalkan kecergasan dalam tempoh kawalan PKP ini.

Selain itu, jurulatih juga akan memantau perkembangan kami melalui aplikasi atas talian secara langsung dengan setiap pemain dalam pasukan. katanya.