Bersedia Membenam Kedah Sekali Lagi

KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim teruja dan sudah bersedia membenam Kedah pada pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata, pada pusingan kalah mati itu, dia bersama rakan sepasukan akan memastikan slot suku akhir menjadi milik skuad Tok Gajah.

“Secara peribadi boleh saya katakan bahawa perlawanan ini ibarat beraksi di pentas final berdasarkan format baharu piala berprestij itu musim ini.

“Tapi saya dan rakan akan memastikan Pahang akan melangkah ke suku akhir dan menjadikan kemenangan 2-1 ke atas Kedah pada perlawanan Liga Super musim ini sebagai motivasi. “Saya juga mengharapkan perlawanan Jumaat ini tidak berlanjutan ke masa tambahan,” kata pemain berumur 23 tahun itu.

Pada saingan Liga Super musim ini, Pahang menewaskan Kedah 2-1 dan satu daripada gol itu dijaringkan oleh Nik Sharif.

Dia yang menjaringkan tiga gol pada saingan Liga Super mahu meneruskan prestasi terbaiknya untuk membantu Pahang melangkah ke pentas final. Katanya, prestasi mantap dan persefahaman jitu diharap menjadi untuk menafikan Kedah menempah tempat ke suku akhir piala berprestij itu.

“Bagi saya kekuatan yang dimiliki Kedah ialah di posisi ser@ngan yang diketuai oleh Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

“Tapi kembalinya Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos di bahagian ser@ngan Pahang akan membantu mer0bek gawang tuan rumah,” katanya.