berminat untuk menyertai Pasukan Liga Super

Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski dilaporkan berminat untuk menyertai JDT pada musim ini.

Menurut laporan Semuanyabola, perkara itu disahkan sendiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan akan bertemu dengan Podolski dalam masa terdekat.

“Ya, Podolski ada menghubungi saya menyatakan minatnya untuk menyertai JDT. Dia akan datang ke sini untuk proses perbincangan.

“Tetapi kita tidak boleh buat keputusan lagi kerana kuota pemain import kita pun sudah penuh, mungkin perbincangan ini juga boleh menjurus kepada kerjasama yang lain.

“Rezeki buat JDT kerana sebelum ini kami perlu memburu pemain, tetapi sekarang sudah berubah kerana pemain pula yang mencari kami untuk menyertai pasukan.”

Pemain berusia 34 tahun itu kini bersama Vissel Kobe dan akan bertemu JDT pada saingan AFC Champions League selepas memenangi Piala Maharaja Jepun, namun terdapat desas-desus mengatakan beliau akan meninggalkan kelab Jepun itu kerana menerima beberapa tawaran.

Bagaimanapun, JDT sudah pun memiliki lima pemain import iaitu Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera, Leandro Velasquez, Hariss Harun dan Mauricio.

Lainlah jika JDT membuat keputusan untuk meletakkan salah seorang pemain import di JDTII sekaligus memberi ruang kepada Podolski untuk menyertai juara Liga Super itu.