bermain secara percuma?

Striker prolifik, Dickson Nwakaeme memberi bayangan untuk kembali bermain bersama Pahang secara percuma bagi saingan Liga Malaysia 2020.

Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh pemain kelahiran Nigeria itu menerusi laman sosial Instagramnya di mana dia memberikan respon terhadap komen yang dilontarkan oleh seorang penyokong dikenali sebagai Aman.

Dickson menulis, “Ini sangat menyentuh (perasaan). Saya akan bermain secara percuma untuk kamu. Hogoh Pahang Hogoh.”

“Tolong kembali ke FA Pahang… Habiskan kerja anda sekurang-kurangnya satu musim dan dapatkan trofi untuk FA Pahang. 

“Abaikan sahaja gaji atau kontrak. Kami tahu anda perlukan kehidupan yang mewah tetapi fikirkan ini merupakan maru@h anda… 

“Musuh anda juga merupakan musuh kami. Perlawanan terakhir (musim lalu) kita tidak bertemu musuh sebenar. Tetapi kali ini anda mempunyai banyak perl@wanan untuk men3waskan mereka.

“Kami tahu Dickson merupakan pemain paling hebat di FA Pahang, anda merupakan legenda. Semua penyokong tahu dan mengingati nama anda terutamanya penyokong Pahang. 

sumnber: foxsports

“Semoga berjaya dengan pasukan baharu” tulis Aman di ruang komen tersebut.

Kedudukan Dickson Nwakaeme masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Pemain import disahkan kekal bersama skuad Tok Gajah hanyalah pertahanan tengah, Herold Goulon.