Berita Gembira Buat Pemain Kedah

Setiausaha Kehormat Kedah FA, Asmirul Anuar Aris sekali lagi berjanji isu tunggakan gaji pemain akan diselesaikan secepat mungkin, dan akan dibayar selewat-lewatnya sebelum hari raya Aidilfitri.

Katanya, baki tunggakan gaji bulan Februari akan habis dibayar pada minggu ini selepas membuat 30 peratus bayaran gaji beberapa hari lalu.

Bagi tunggakan gaji bulan Mac dan April, para pemain akan menerimanya sebelum menyambut Aidilfitri.

Janji yang dibuat Asmirul sedikit sebanyak melegakan para pemain selepas berdepan dengan masalah tunggakan gaji sejak bulan Januari.

Namun, Kedah mempunyai masa dua minggu sahaja lagi untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.