berada dalam radar sebuah kelab Liga Super India (ISL)

KUALA LUMPUR: Selepas menjaringkan 10 gol dalam saingan Liga Super musim ini, peny3rang prolifik Perak Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi kini menjadi perhatian beberapa pasukan utama Liga Super.

Antaranya sebuah pasukan berpangkalan di Lembah Klang yang menunjukkan minat mendalam untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 25 tahun itu turut ‘dirisik’ sebuah kelab Liga Perdana yang kini dalam proses memantapkan pasukan, selain beliau juga berada dalam radar sebuah kelab beraksi di Liga Super India (ISL).

Muhammad Shahrel, bagaimanapun menegaskan tumpuannya kini adalah mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini bersama Perak sebelum memutuskan mengenai masa depannya.

“Saya nak fokus habiskan Piala Malaysia dahulu ketika ini. Soal pasukan yang berminat memang ada beberapa pasukan tempatan dan juga luar negara tetapi saya awal-awal bagi tahu saya tak minat ke sana (India),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Kontrak Muhammad Shahrel yang lebih dikenali sebagai Eky bersama Perak berakhir pada 31 Disember depan.

Menurut Eky, perbincangan mengenai masa depannya bersama Perak masih berjalan, namun beliau mengakui tetap akan mempertimbangkan segala tawaran yang diterima demi kelangsungan karier.

“Ikutkan kontrak, ini musim terakhir saya bersama Perak dan memang pasukan ada berbincang mengenai masa depan tetapi masih tiada keputusan dibuat. Saya pun perlu mempertimbangkan tawaran diterima,” jelasnya.

sumber: BH

Eky pernah dinobatkan sebagai peny3rang terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 ketika bersama PKNP FC.

Di pentas antarabangsa, Eky menjaringkan lima gol dalam 14 penampilannya bersama skuad Harimau Malaya. – BERNAMA