Benjamin Mora Mendedahkan

Jurulatih JDT, Benjamin Mora memberitahu bagaimana beliau hanya menggunakan taktik ser@ngan balas untuk mengekang tekanan daripada Suwon, sekaligus mengalahkan pasukan Korea Selatan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim dalam saingan AFC Champions League.

Namun taktik tersebut memerlukan tahap kesabaran yang tinggi sebelum mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

“Kita tahu Suwon pasukan yang hebat, jadi pemain tidak kerap memberi asakan sebaliknya menyusun gerakan di kawasan tengah dan apabila ada peluang barulah melancarkan ser@ngan pantas yang memerangkap pasukan lawan.

“Saya ingin beritahu lagi, JDT tidak dibarisi pemain berstatus bintang dan pemain tahu tanggungjawab yang mereka harus lakukan apabila beraksi secara bertahan dan bertindak untuk meny3rang apabila ada peluang.

“Ada dua atau tiga peluang yang boleh kita terjemahkan dengan jaringan tapi kurang berkesan. Namun pemain terus bekerja keras dan hasilnya gol menerusi sepakan penalti dan gerak susun menarik yang menghasilkan gol kemenangan.”

JDT bakal bertemu UiTM dalam saingan Liga Super, Sabtu ini.