Bekas Tonggak Harimau Selatan sertai Majlis Makan Terengganu FC

Pasukan Terengganu FC disebut-sebut sebagai destinasi seterusnya bagi bekas peny3rang skuad kebangsaan, Darren Lok menjelang sa!ngan Liga Malaysia musim 2020.

Beberapa gambar yang viral di laman media sosial menunjukkan Darren menghadiri perlawanan pra musim serta terlibat dalam beberapa aktiviti pasukan kendalian Nafuzi Zain itu.

Darren hadir ketika TFC menewaskan pasukan Liga 1 Indonesia, Madura United dengan keputusan 2-0 pada perlawanan pra musim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Jumaat lalu.

Selain itu, Darren turut dilihat menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Terengganu dimana majlis tersebut turut mengundang pemain dan pegawai Madura United.

Musim lalu, pemain kacukan Malaysia-England ini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim II dimana beliau membantu membawa kelab tersebut memenangi Piala Cabaran 2019.

Namun, kontrak beliau tidak disambung dimana JDT II mahu menggunakan khidmat pemain muda bagi mengharungi sa!ngan Liga Malaysia musim 2020.

Sumber : vocketfc