Bekas striker JDT buat kejutan

Bekas striker JDT pada musim 2015, Alhaji Kamara berjaya menjaringkan 2 gol penting untuk skuad kebangsaan Sierra Leone mengikat skuad Super Eagles 4-4 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

4 gol dalam tempoh 29 minit dijaringkan oleh pasukan Nigeria itu pada awalnya dilihat seperti bakal membe3asah Sierra Leone tanpa be las kas!han.

Alhaji Kamara menjaringkan gol pada minit ke 72 untuk merapatkan kedudukan 2-4, sebelum menyum bat gol penyamaan 4-4 pada minit ke 86 permainan, meng3cewakan Super Eagles yang mungkin terlalu selesa pada separuh masa kedua.

Keputusan seri itu juga sedikit sebanyak membantu Sierra Leone untuk merebut tempat ke saingan AFCON dimana mereka kini berada ditempat ke-3 kumpulan dengan kutipan 2 mata dari 3 perlawanan.