Bekas Pemain JDT Kena Scam?

Segalanya adalah mengenai sikap Rozaimi Abdul Rahman, jelas Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Dato Verdon Bahanda mengenai ‘pertel!ngkahan’ mereka.

Sebelum ini tular mengenai posting bekas striker s3nsasi skuad muda negara itu yang menyatakan dirinya tert!pu sehingga menyebabkan dirinya kerugian RM14 ribu untuk k0s menghantar pulang barangannya dari Semenanjung Malaysia ke Sabah.

Ia dilakukan semata-mata untuk kembali menabur bakti bersama negeri kelahirannya, namun tampaknya segalanya sudah musnah. Sabah sudah tampil menjelaskan keadaan sebenar dan jelas kec3wa dengan kenyataan pemain berusia 28 tahun itu.

Bukan Sabah FC yang panggil pulang Rozaimi

Menurut satu rakaman sidang media oleh Verdon Bahanda, Rozaimi Abdul Rahman yang terlebih dahulu menghubunginya untuk menyatakan minatnya untuk kembali ke Sabah. Jelas, ia satu yang amat pasukan Sabah perlukan, seorang penyrang yang sememangnya bagus serta merupakan anak jati negeri mereka sendiri.

Oleh itu, Verdon Bahanda telah membuat temujanji bersama Rozaimi pada sebelah petang kerana mereka dijadualkan akan bertemu seorang lagi penyerang, Bobby Gonzales pada sebelah pagi. Memetik kenyataannya, Untuk kembali ke Sabah ini adalah atas kehendak beliau Rozaimi. Saya tidak pernah menjemput beliau.

Oleh itu dengan menyatakan Sabah bersalah dalam kenyataan ‘kena scam’ itu amatlah tidak benar dek kerana Rozaimi yang terlebih dahulu mahu kembali.

Sabah perlukan dua minggu teliti pemain

Pengurusan Sang Bad@k tidak pernah memanggil pulang mana-mana pemain, tetapi mereka bersedia untuk menerima mana-mana pemain yang mahu kembali.

Kenyataan Sabah tidak menawarkan sebarang kontrak kepadanya, menurut Verdon Bahanda adalah tidak tepat kerana pemain tersebut sudah dimaklumkan yang pihak pengurusan memerlukan dua minggu untuk meneliti segala perkara mengenai pemain yang akan ditawarkan kontrak untuk bersama pasukan musim hadapan.

Jelasnya lagi, Dalam perjumpaan tersebut tidak ada sebarang perkataan dari Rozaimi bahawa beliau mahu menandatangai kontrak secepat mungkin. Beliau hanya mendiamkan diri di hadapan semua orang. Saya berkata kepada beliau, jika perlukan apa-apa jumpa saya secara peribadi dan berbincang dengan saya.

Press Conference.Saksikan siaran secara langsung yang dibawakan oleh kami ini untuk dengarkan penjelasan CEO Sabah FC, Dato’ Verdon Bahanda berkenaan !su terkini.

Verdon Bahanda kec3wa apabila Sabah dituduh menipu bekas pemain Johor Darul Ta’zim itu dan terkejut dengan kenyataan yang dibuat Rozaimi dalam satu sesi live video di laman Facebook pemain itu tentang tiada kontrak diberikan.

Beliau beranggapan bahawa sangatlah tidak adil membuat kenyataan sebegitu sehingga penyok0ng menyalahkan beliau dan pengurusan Sabah. Katanya sambil berkata ia satu tindakan ‘bod0h’, Mal@ngnya dengan sikap yang begitu, maka saya rasa beliau tidak sesuai berada di dalam pasukan Sabah FC pada musim hadapan.

sumber:semuanyabola

Tambahnya yang menafikan bukan soal mereka tidak mampu menggaji Rozaimi, Bukan pasal gaji. Pasal gaji kita boleh cerita. Dari segi sikap pr0fesionalisme, attitude, inilah perkara paling asas yang saya mahu dari pemain senior, terutama dari pemain bintang supaya sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pemain pelap!s.