Barcelona mahu saman Neymar

MADRID: Barcelona akan menyaman Neymar 10.2 juta euro (RM49.62 juta) ketika kelab itu merasakan pemain Brazil itu dibayar berlebihan ketika bersama kelab berkenaan, menurut laporan El Mundo hari ini.

Neymar meraikan kejayaan di Barca antara 2013 dan 2017 sebelum menyertai Paris Saint-Germain dengan bayaran 222 juta euro (RM1.079 bilion) yang juga rekod dunia.

Namun menurut akhbar Sepanyol, El Mundo, pemeriksaan di pejabat cukai dekat Sepanyol menunjukkan Barcelona “tidak membuat pengurangan sepatutnya ketika membayar cukai Neymar, menurut pemeriksaan dibuat terhadap Barcelona sehingga 2015.”

Pejabat cukai Sepanyol membuat pengiraan bahawa Neymar mendapatkan keuntungan daripada keadaan itu kata laporan berkenaan.