Banyak Pasukan Liga M Hanya Berpura-pura

BANYAK pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) hanya ‘berpvra-pvra’ menjadi kelab, sedangkan 90 peratus masih bergantvng kepada dana kerajaan.
Kepada wartawan Utusan Malaysia, ROZAIDI ZULKIFLI, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mendedahkan, kebanyakan pasukan berdepan isu kewangan kerana sikap ‘tidak mengukur baju di badan sendiri’ ketika berbelanja.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga berkata, liga di negara ini belum mencapai tahap profesi0nal dan beliau menyokong tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan semua pasukan diswastakan untuk melayakkan mereka beraksi dalam Liga M musim depan.

UTUSAN: Pand3mik C0v!d-19 memberi kesan besar terhadap bola sepak tempatan dan antarabangsa. Selain pot0ng gaji, apa lagi langkah boleh diambil?

TUNKU ISMAIL: Pertama sekali apabila kita mentadbir kelab bola sepak, kita kena ada perancangan. Begitulah caranya anda mengurus syarikat. Kita mesti ada tindakan, SOP yang mana langkah itu akan menjaga kestabilan kewangan kelab. Bukan setakat pemot0ngan gaji tapi juga perancangan pada masa akan datang.

Contohnya jika kita sudah ada belanjawan untuk 2021, kita kena selaraskan bajet yang boleh pul!hkan kembali perbelanjaan yang kita rugi tahun ini. Ia seperti dana kecem@san untuk digunakan bagi memul!hkan semula duit yang telah digunakan.

JDT menangani kr!sis dengan baik. Biarpun terpaksa mem0tong 33 peratus gaji pemain, jurulatih dan kakitangan, secara keseluruhan pasukan tidak terjejas. Boleh kongsi langkah pihak pengurusan?

Sebenarnya bukan 33 peratus tapi kami pot0ng 25 peratus untuk dua bulan. Apabila pemain mula menjalani latihan walaupun sudah memasuki separuh Jun, kami tidak bayar separuh tetapi gaji penuh.

Pertama 25 peratus kemudian 30 peratus dan selepas itu kami bayar penuh gaji mereka kerana kami amat berterima kasih kepada pemain yang memberi kerjasama dan sebulat suara bersetuju dengan tindakan kelab. Kami tidak membuat keputusan dengan mengambil kesempatan atas pemain atau men!pu. Kami membuat keputusan bersama sebagai satu keluarga.

Apakah standard Liga M sudah mencapai tahap profesio­nal daripada segi pengurusan dan permainan? Berapa jauh kita ketingg@lan dibandingkan liga negara jiran seperti Thailand?

Belum. Saya mengucapkan syabas kepada Terengganu kerana membuat kerja dengan betul mengikut kemampuan selepas belajar daripada kami sewaktu bertemu saya. Mereka tidak keluarkan banyak kenyataan (statement), sebaliknya lebih banyak be­kerja. Begitu juga JDT.

Mustahak untuk kita sedar kedudukan kita dan tahu inisiatif yang perlu diambil. Kalau tak boleh membina sesuatu bertaraf lima bintang, buatlah sekurang-kurangnya yang bertaraf tiga bintang. Syabas sekali lagi kepada Terengganu kerana membuat pelaburan paling penting dalam bola sepak iaitu padang. Buat masa ini hanya kami (JDT dan Terengganu) memiliki padang paling lengkap.

Dibandingkan liga kita dengan Thailand, ia sa­ngat jauh ketinggalan kerana ada yang masih bergantvng kepada dana kerajaan. Walaupun beberapa pasukan menggelar diri sendiri sebagai kelab tetapi 90 peratus masih menggunakan dana kerajaan. Bagi saya kita kena jadi betul-betul kelab, bukan berpura-pura jadi kelab dan bergantvng kepada kerajaan.

Jika kita tak dapat buat RM20 juta dan hanya RM8 juta menerusi penajaan, kita kena pandai rancang bagaimana nak bersaing dengan jumlah itu. Contohnya, Chonburi masih mampu menyaingi pasukan besar se­perti Buriram, Bangkok Glass, Bangkok United dan Muangthong secara kompetitif dengan wang yang ada.

Tindakan FAM mewajibkan semua pasukan diswastakan sepenuhnya untuk bertanding dalam Liga M langkah tepat? Dengan isu gaji belum selesai, apakah misi itu akan berdepan kesuk@ran?

Itu perancangan yang bagus tapi semua pasukan masih memukvl canang kononnya mereka kelab tetapi sebenar­nya masih menggunakan dana kerajaan. Kita semua tahu dan kerajaan juga sedia mengaku. Kalau tidak percaya, boleh semak sendiri dengan kerajaan. Misi FAM bagus, agenda FAM juga bagus cuma masal@hnya kelab tidak profesi0nal dalam ber­belanja.

Ambil contoh Borussia Dortmund (Liga Jerman), mereka tidak boleh bersaing dengan Bayern Munich dan berbelanja mengikut kemampuan. Kalau Borussia hendak berbelanja seperti Bayern, mereka akan habis dalam dua tahun. Kita kena bijak mengurus kewangan. Seperti orang kata sebelum nak pakai baju, ukurlah di badan sendiri (ikut kemampuan) tapi masal@hnya di Malaysia tiada orang hendak ikut kemampuan.

Kalau JDT berbelanja RM30 juta, semua orang hendak berbelanja RM30 juta. Itu akan menimbulkan mas@lah kerana semua hendak jadi popular bukan berjaya. Saya berjaya, itu sebabnya JDT buat banyak keputusan yang kadangkala penyokong setuju dan ada juga tidak setuju tapi kami tetap dengan prinsip dan polisi kami. Sementara pasukan lain hanya mahu menjaga hati penyokong dan menjadi p0pular di mata penyokong. Akhirnya, ia tidak efektif dan kemudian timbul mas@lah.

Sebagai bekas Presiden FAM dan Pengerusi MFL (Liga Bola Sepak Malaysia), pada panda­ngan Tunku benarkah bola sepak sukar mendapat penajaan biarpun ia sukan No. 1 di Malaysia?

Memang betul. Terus terang saya cakap, di JDT, saya lagi ba­nyak hilang duit dari buat duit. Di Asia Tenggara, kita belum ada budaya bola sepak diban­dingkan negara-negara Eropah tapi Thailand boleh buat dengan modul yang ada. Kita tidak perlu pergi jauh, belajar daripada kelab-kelab di Thailand.

Saya bina JDT kerana ba­nyak belajar daripada kelab-kelab di Eropah. Kami lakukan pramusim di Thailand bukan semata-mata untuk persiapan tapi juga belajar dengan kelab di sana. Saya kagum dengan cara dan sikap mereka yang bekerja secara realistik.

Selain penajaan, masalah utama Liga M adalah kesukaran menarik penonton secara konsisten ke stadium. Bagaimana JDT menangani perkara ini, terutama bakal beraksi di stadium baharu?

JDT pun susah. Ada perlawnan penuh dan ada yang tidak, dari dulu sampai sekarang. Itu yang saya kata, kita bukan ada budaya bola sepak tapi kelab kena ambil inisiatif bagaimana nak tarik penyokong.

Apakah pendapatan daripada hak penyiaran Liga M tidak cukup lumayan?

Cukup. Jika penonton kurang memanglah MFL terpaksa bagi ikut kemampuan. Kalau kita ada lebih ramai penonton, ada pe­rancangan mant@p, sudah tentu boleh dapat lebih. Sekurang-kurangnya RM5 juta hingga RM6 juta. Namun, perkara itu belum real!stik buat masa ini. Pada masa akan datang, jika ada lebih penonton dan sokongan, saya rasa ia akan jadi realistik.

Berapa anggaran bajet yang diperlukan secara keseluruhan untuk sesebuah pasukan memberi saingan seng!t dalam liga tempatan?
Bajet terpulang kepada pa­sukan. Kalau nak bagi saingan seng!t, sekurang-kurangnya RM15 juta hingga RM20 juta (semusim).

Jika pasukan memiliki bajet terhad atau sederhana, pelaburan utama harus tertumpu kepada membeli pemain bintang, pembangunan atau fasiliti?

Pembangunan dan fasiliti. Sebab itu banyak pasukan tidak boleh kekal lebih dua tahun. Jika mereka bijak, mereka akan buat apa yang JDT dan Terengganu lakukan iaitu pembangunan akar umbi serta fasiliti.