Bakal Striker JDT buat keputusan mengejut

Striker yang diumumkan sebagai pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Camilo Sanvezzo membuat kejutan apabila menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab Mexico, Mazatlan FC.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Camilo menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun.

Salah sebuah media Mexico, TV Azteca turut melaporkan mengenai lanjutan kontrak Camilo dan menegaskan Mazatlan mahu meneruskan kerjasama bersama pemain itu.

Perkara ini nyata menimbulkan teka-teki dimana sebelum ini, JDT telah mendapatkan khidmat pemain tersebut bagi menggantikan Diogo Luis Santo yang akan kembali beraksi di Thailand.

JDT sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini, sama ada mahu mendapatkan khidmat Camilo Sanvezzo secara pinjaman ataupun mencari pemain lain.