Bakal Kembali Menyertai

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pemain pertahanan negara, Junior Eldstal nyata membuahkan hasil apabila ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu memanggil beliau untuk menyertai kem latihan pusat kedua Mei nanti.

Menurut Cheng Hoe, selain Junior, beliau juga mahu menyenaraikan pemain tengah Newcastle Jets, Liridon Krasniqi dan pemain Sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

“Kami memang memantau prestasi Junior Eldstal dalam Liga Thailand. Kami berharap ketiga-tiga pemain ini akan bebas kec3deraan dan dapat menyertai kami dalam kem latihan Mei nanti,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Junior baru-baru ini menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan separuh akhir Piala FA Thailand menentang Buriram United sekaligus melayakkan Chonburi ke pentas final.

Kali terakhir pemain kacvkan ini beraksi bersama skuad kebangsaan ialah pada tahun 2015 ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.