Bakal berdepan kesukaran bertemu Felda

PENGENDALI FELDA United FC,Nidzam Jamil mahu meletakkan kelab itu antara penc4bar utama dalam sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, penc4bar bermaksud lebih kepada aksi perlawanan iaitu lawan bakal berdepan kesukaran apabila bertemu The Fighters.

“Saya tidak cakap kami akan membuuru kejuaraan dalam Liga M tetapi kami mahu buktikan bahawa FELDA United musim ini antara pasukan sukar dikalahkan.

“Berdasarkan komitmen semua pemain, mereka begitu komited dan bersemangat untuk meletakkan pasukan berada pada prestasi terbaik.

“Mereka sentiasa bersedia untuk berdepan cab4ran apabila bertemu pasukan yang memiliki nama besar dan barisan pemain berpengalaman.

“Pada masa sama, kehadiran lima pemain import juga diharap dapat mengimbangi dan membantu memperkasakan pasukan,” katanya.

Musim ini, The Fighters yang menyandarkan sebahagian besar pemain muda terutama anak FELDA.

Namun, kelab itu memiliki lima pemain import iaitu Khairul Amri Kamal dari Singapura, Ryutaro Megumi (Jepun), Nicholas Velez (Argentina), Nikola Raspopovic (Serbia) dan Frederic Bulot (Gabon).

Sumber : HM