Bagaimana koronav!rus beri kesan kepada bolasepak Malaysia

Penularan wab4k koronav!rus yang bermula dari Wuhan, China beberapa hari kebelakangan ini memberi kesan yang besar kepada kehidupan seharian, termasuklah bolasepak.

Yang paling terkesan pastinya bolasepak di China.

Rata-rata pasukan bolasepak yang perlu terbang ke China bimb4ng akan dijangk!ti wab4k tersebut.

Piala Super China antara Evergrande dan Shanghai Shenhua yang sepatutnya berlangsung pada 5 Februari terpaksa ditangguhkan.

Liga Super China 2020 yang sepatutnya berlangsung pada 22 Feb juga ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baharu.

Perlawanan play-off antara Shanghai SIPG dan Buriram United yang berlangsung pada 28 Januari akan diadakan tanpa penonton.

Pusingan kelayakan Olimpik Tokyo 2020 melibatkan skuad bolasepak wanita Australia, Thailand dan Taiwan yang sepatutnya berlangsung di Wuhan pada awal bulan Feb dipindahkan ke Nanjing.

Di Malaysia, pasukan Selangor yang sepatutnya menyertai Piala Meizhou Hakka 2020 di China menar!k diri daripada kejohanan tersebut dan terpaksa membayar pamp4san berjumlah RM300,000.

Sehari kemudian, Piala Meizhou Hakka dibatalkan.

Pasukan Kedah pula terbang ke Korea Selatan untuk perlawanan play-off AFC Champions League menentang FC Seoul pada 28 Jan juga dalam keadaan berjaga-jaga selepas negara itu menges4hkan kes ketiga koronav!rus.

JDT yang memulakan kempen AFC Champions League dalam Kumpulan G pada 12 Feb, hanya akan bertemu kelab China, Guangzhou Evergrande di China pada 5 Mei, namun akan menerima kunjungan mereka pada 19 Feb.

Kebanyakan pasukan liga di Malaysia mengadakan sesi pra-musim di Indonesia tidak perlu terlalu bimbang kerana masih belum ada sebarang kes koronav!rus di negara berkenaan.

Namun Terengganu akan mengadakan siri jelajah pra-musim di Bangkok, Thailand selama seminggu dan akan bertemu Police Tero FC, Suphanburi FC dan Tianjin Teda FC.

Thailand merupakan negara paling tinggi melaporkan kes koronav!rus selepas China dengan lima kes setakat ini.

Di Malaysia, terdapat empat kes positif koronav!rus namun tiada sebarang kenyataan daripada FAM mahupun MFL berkenaan wab4k tersebut.

Liga dijadualkan bermula pada 28 Februari dengan Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim.

Sumber : football-tribe