Ayuh Dapatkan Pas Bermusim Kelab BolaSepak Johor Darul Ta’zim 2020

AYUH DAPATKAN PAS BERMUSIM KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM 2020

Berita baik untuk para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang masih belum memiliki Pas Bermusim JDT 2020 kerana anda berpeluang untuk mendapatkannya sehingga 27 Februari 2020.

Dapatkan pas bermusim dengan harga serendah RM400.00 sehingga RM1,500.00, bergantung kepada pemilihan tempat duduk yang masih kosong.

Ayuh hadir ke pejabat Southern Tigers Sdn Bhd di Aras 1, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin untuk urusan pas bermusim dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad sehingga Khamis. Luaskan Kuasamu Johor.

sumber: FB JST