Apa Lagi Penyokong JDT Mahu?

KUALA LUMPUR: Apa lagi penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu?

Keputusan seri yang dilakar juara Liga Super enam kali itu ketika menentang FELDA United minggu lalu tampak tidak menyenangkan penyokong setia pasukan itu ketika mereka beranggapan JDT seharusnya meraih kemenangan selesa dengan senarai bintang yang dimilikinya.

Malah, sekalipun mengungguli carta Liga Super selepas empat perlawanan, kedudukan itu seakan tidak cukup kerana penyokong seakan h!lang ‘keyakinan’ terhadap kredibiliti pengendali pasukan itu, Benjamin Mora.

Bagaimanapun, bekas pemain Johor, Rizal Sukiman menegaskan Mora sudah melakukan tugas yang baik khususnya dalam memastikan pasukan itu sentiasa meraih keputusan pos!tif dalam setiap perlawanan.

“Bagi saya, tiada isu untuk mempertikaikan apa yang dilakukan Mora kerana kalau berdasarkan keputusan, saya rasa ia cukup baik kerana JDT menang tiga perlawanan dan tidak bernasib baik seri dalam satu perlawanan tetapi belum lagi tewas.

“Kalau saya boleh bagi markah, markah untuk JDT sepanjang empat perlawanan ini adalah 90/100. Mungkin corak permainan Mora kurang menghiburkan tetapi apa yang penting kemenangan yang diperoleh.

“Penyokong juga perlu ingat tidak semestinya JDT boleh memenangi semua perlawanan kerana pasukan lawan pasti memberikan saingan yang sengit. Ini kerana JDT sudah meletakkan tanda aras untuk menjadi pasukan yang perlu ditewaskan,” katanya.

Terdahulu, pengendali dari Mexico itu berada dalam ‘zon bah@ya’ susulan prestasi kurang meyakinkan Harimau Selatan dalam empat perlawanan awal Liga Super musim ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan beliau tidak menolak kemungkinan taktikal JDT yang direncana Mora sudah dapat dikaji pasukan lain.

Justeru, beliau menjelaskan Mora perlu membentuk taktikal baharu untuk kembali memperkuatkan persembahan Harimau Selatan yang memegang reputasi besar selaku juara bertahan Liga Super enam kali berturut-turut.