Aksi Liga Super antara Selangor dan Perak dicemari ins!den perg@duhan

KUALA LUMPUR: Aksi Liga Super antara Selangor dan Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi dicemari ins!den perg@duhan penyokong di luar stadium sejurus tamat perlawanan.

Tidak dapat dipastikan mengenai punca perg@duhan itu terc3tus, namun terdapat dakwaan bahawa ia berpunca daripada prov0kasi di dalam dan luar stadium.

Video perg@duhan itu tular di media sosial yang menyaksikan seorang individu dipu kul sekumpulan penyokong di luar stadium.

Turut tersebar video nyanyian atau ‘chant’ yang dipercayai dinyanyikan sekumpulan penyokong Perak berkaitan pasukan Selangor yang belum ada gelanggang rasmi musim ini.

Antara nyanyian yang kedengaran dalam video yang tersebar itu – “Oh Selangor, tak ada stadium, kami di sini, gelak ketawa”.

Status gelanggang rasmi Red Giants musim ini masih menjadi tanda tanya selepas Stadium Shah Alam berada dalam proses baik pulih bumbung yang rosak.

Keadaan itu memaksa Selangor menggunakan Stadium Nasional sebagai gelanggang untuk aksi pertama mereka musim ini.

Namun, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini mengeluarkan kenyataan ‘mel@rang’ penggunaan Stadium Nasional untuk Liga M bagi menjaga prestij gelanggang terbabit yang hanya digunakan untuk aksi Harimau Malaya dan final kejohanan bola sepak tempatan.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor B Sathianathan menjelaskan bahawa dia dimaklumkan Stadium Shah Alam berkemungkinan boleh digunakan sebelum aksi Piala FA.

“Apa yang saya dengar dari pihak pengurusan, (proses baik pulih Satdium Shah Alam) akan siap menjelang aksi Piala FA. Kalau siap bagus, gelanggang tuan rumah penting,” kata Sathianathan.