Aksi Agr3sif Atau Sikap ‘gedebe’

SKUAD Harimau Malaya bakal kehilangan hampir suku kekuatan pasukan seandainya bola sepak di negeri Kelantan dihar@mkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), sekali gus merugikan bakat yang ada pada pemain kelahiran negeri itu.

Malah, berdasarkan pemerhatian pakar bola sepak di negara ini, rata-rata pemain The Red Warriors (TRW) memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri yang tidak ada pada bakat di negeri lain.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim, kebanyakan pemain dari Kelantan mempunyai semangat melawan luar biasa apabila berada di atas padang tidak kira sama ada ketika mewakili negeri kelahiran mahupun skuad kebangsaan.

Katanya, aksi agr3sif atau sikap ‘gedebe’ cukup dekat dengan pemain dari Kelantan yang sebenarnya diperlukan oleh setiap pasukan.

“Saya dulu pernah bergelar pemain dan juga pernah membawa skuad negara di peringkat umur. Memang kalau ada pemain dari Kelantan saya akan ambil sebab mereka ini ada keistimewaan yang tak ada di tempat lain.

“Contoh ialah semangat melawan mereka cukup tinggi, malah permainan mereka juga lebih agr3sif di atas padang. Elemen ini yang penting apabila kita beraksi kerana teknikal dan kemahiran individu biasanya tak lari jauh dengan pemain lain atau pasukan lawan.

“Tapi apabila ada semangat dan corak permainan yang agr3sif, ia akan menambah kekuatan pasukan. Jadi pada saya, jika bola sepak di Kelantan tak ada, ia akan merugikan negara terutama pasukan kebangsaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) terpaksa melancarkan sumbangan bagi membayar tunggakan gaji bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28 dalam tempoh sebulan yang akan berakhir pada 23 Mei ini.

Namun sekiranya Kafa gagal, kes berkenaan akan diheret ke Jawatankuasa Tatatertib Fifa yang kemungkinan boleh digantung daripada segala aktiviti bola sepak seperti mana dilalui Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

“Kalau ikutkan di Kelantan ini ramai orang kaya yang ada perniagaan, siap dulu ada yang sanggup nak beli kelab di Itali. Ketika pasukan di puncak semua datang dekat, tapi bila pasukan mengalami masalah semua lari.

“Patutnya bantulah bola sepak Kelantan kerana ia boleh diibarat seperti maruah mereka. Peminat di sana cukup fanatik dan amat rugi jika tak ada lagi bola sepak dimainkan nanti,” kata Zulakbal.