Aidil Sharin:”Saya Lakukan Perubahan”

Pasukan Kedah akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020, apabila berjaya menumpaskan pasukan Selangor dengan keputusan 2 gol tanpa balas di Stadium Darul Aman semalam.

2 gol hasil jaringan Renan Alves dan Kpah Sherman masing- masing pada minit ke 25 dan 45 itu membolehkan anak buah Aidil Sharin mengutip 3 mata pertama di Alor Star sebelum saingan liga mula ditangguhkan.

Dalam sidang media selepas perlawanan tersebut, Aidil Sharin menjelaskan bahawa kemenangan itu berpunca dari hasil kerja keras serta motivasi tinggi para pemainnya dan bukan dari percaturan taktikal semata-mata.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa dalam 3 perlawanan sebelum ini Kedah beraksi dengan baik tetapi kurang faktor tuah kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang yang ada.

“Alhamdulillah malam ini saya rasa budak-budak really motivate walaupun tiada fans malam ini, suasana yang amat berbeza sikit tapi i think they really focus.”

“Baddrol memainkan peranan yang baik malam ini, membimbing Daniel dibahagian tengah dan bahagian depan. Jadi, kredit perlu diberikan kepada semua pemain atas kemampuan malam ini.”

Aidil Sharin juga turut memberikan komen mengenai penampilan Azamuddin Akil dan Irfan Zakaria selain menjelaskan beliau meletakkan Shakir Hamzah disebelah kiri untuk menggunakan width sebagai salah satu channel ser@ngan malam ini.

“Kita ada perubahan kerana saya nak pakai Shakir more on left side attacking using width, dan kita tahu Irfan very fresh dan dia ada kualiti pemain kebangsaan di bahagian pertahanan tengah.”

“Alex pun very fresh dan saya rasa dia teruja untuk menunjukkan dia mahu bermain. Dia beraksi dengan baik.

“Hari ini kita boleh tengok semangat yang berbeza Jai dengan Badd memberikan motivasi kepada pemain lain untuk push. Walaupun dengan 2-0, kita tidak h!lang momentum. Kita tahu Selangor memiliki pemain ser@ngan yang hebat dan ini membuatkan kita kuat dalam 90 minit malam ini.

Kedah kini menghuni tangga ke-8 CIMB Liga Super Malaysia 2020, mengutip 4 mata dari 4 perlawanan pertama musim 2020.