Aidil Shahrin Sahak anggap jurulatih JDT paling layak

Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Sahak, yang turut tersenarai dalam 10 pilihan jurulatih bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) menganggap calon pilihan bagi jurulatih terbaik seharusnya berlandaskan prestasi dan pencapaian bagi musim ini.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan undian anugerah itu, yang akan dijalankan secaya maya pada 30 Disember ini, mula dibuka esok.

Berikutan saingan liga yang pendek, pilihan jurulatih kelahiran Singapura itu terarah kepada pencapaian yang dilakar pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, yang cemerlang membawa pasukannya menjulang satu-satunya trofi musim 2020.

“Benjamin Mora telah melakukan tugasnya dengan amat baik dalam 11 perlawanan. “Dia berhak terpilih (sebagai pemenang),” katanya ketika dihubungi Astro Arena. Aidil Sahak sudah pun tiba di Malaysia dan terpaksa menjalani proses kuarantin selama 10 hari di Kuala Lumpur.

Skuad Lang Merah sudah pun memulakan program pra-musim pada minggu ini, tetapi dengan situasi yang dilalui Aidil Sahak, dia terpaksa menggunakan kaedah lain untuk mendapatkan perkembangan terkini pasukannya.

“Setiap pagi saya akan berikan arahan kepada barisan kejurulatihan.
“Saya tetap pantau latihan dan pembantu-pembantu saya memberi sokongan selain melakukannya dengan baik.”

Menurut bekas Felda United, Nidzam Jamil, kejayaan membawa pasukan dalam Piala Malaysia dan memenangi Liga Super bukan jaminan untuk diangkat sebagai jurulatih terbaik.

Ia pernah dibuktikan Dollah Salleh dan B. Sathianathan yang memenanginya tatkala, Johor Darul Ta’zim (JDT) unggul dalam Liga Malaysia.

Tetapi Mehmet Durakovic ada kelebihan tersendiri ketika membawa Perak pada 2018. “Perkara ini sangat subjektif tetapi untuk berada dalam 10 (terbaik) kerana dia berjaya mewujudkan harapan untuk pasukan Selangor.

“Tetapi secara adil, ada jurulatih yang (memainkan peranan dalam) 11 perlawanan, jadi saya setuju apa yang dikatanya (Aidil Shahrin) bahawa dia tidak patut berada dalam senarai itu. “Adalah normal buat mana-mana jurulatih untuk mengatakan mereka tidak mahu menang.

sumber : SA

“Sebagai pemerhati yang bersaing dengan mereka, Aidil Sahak saya rasa sebab (dia terpilih) (atas faktor) cabaran yang dilaluinya dalam satu masalah seperti gaji dan banyak bermain di tempat lawan.