Aidil res@h KFA ‘buat tak tahu’

ALOR SETAR: Walaupun sudah menyatakan kesetiaannya bersama Kedah, Aidil Sharin Sahak r3sah apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih belum memulakan perbincangan mengenai kedudukannya musim depan.

Ketua jurulatih Lang Merah itu berkata, perbincangan itu perlu bagi membolehkannya mendapatkan gambaran sebenar mengenai perancangan KFA termasuk menjelaskan isi hatinya selepas terdapat laporan berita beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) mahu mendapatkan khidmatnya.

“Saya masih menanti pihak KFA untuk bersemuka bagi membincangkan hal kerjaya dan perancangan musim depan.

“Kebanyakan pasukan Liga M sudah mula membuat perancangan awal untuk hala tuju pasukan masing-masing, tetapi saya masih belum menerima apa-apa perbincangan seperti yang saya harapkan.

“Jika KFA tidak mahu mengadakan perbincangan hingga pertengahan bulan ini, saya terpak sa membuat perancangan berdasarkan tawaran kelab lain.

“Agak hai ran juga apabila tiada wakil KFA yang datang memberi gambaran mengenai kedudukan saya musim depan dan sebagai jurulatih profesional, saya berharap perkara ini perlu dimulakan seawal mungkin,” katanya.

Aidil menegaskan tanpa sebarang perbincangan, beliau merasakan seolah-olah dirinya tidak dihar gai selepas apa yang sudah dik0r bankan untuk Kedah selama ini.

“Jika Kedah masih memerlukan khidmat saya, mereka perlu bert!ndak lebih cepat mengadakan rundingan dan inilah yang saya harapkan.

“Sebagai pr0fesional, saya juga perlu membuat peran cangan teliti mengenai masa depan dalam pasukan serta hala tuju kerjaya saya.

sumber: BH

“Saya harap KFA dapat menyatakan perancangan mereka dengan lebih cepat agar saya dapat memberi fokus dalam apa yang sedang saya usahakan khususnya untuk kemajuan bola sepak Kedah,” katanya.