Adakah dua pasukan akan ‘h!lang’ daripada saingan (Liga M) musim depan?

KUALA LUMPUR: Adakah dua pasukan akan ‘h!lang’ daripada saingan profesional Liga Malaysia (Liga M) musim depan?

Ini kerana berbaki kira-kira dua minggu sebelum tarikh akhir projek penswastaan persatuan bola sepak (FA) ke pasukan bola sepak (FC), sekurang-kurangnya dua pasukan masih ‘terkial-kial’ menyelesaikan proses penswastaan seperti yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Lebih membu rukkan keadaan, kegagalan pasukan berkenaan melengkapkan kriteria seperti ditetapkan bakal menyaksikan mereka tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana sekali gus akan ‘dit3ndang’ beraksi Liga M3.

Kebimbangan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bolasepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed yang mengakui walaupun sebahagian besar berjaya melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan, masih ada beberapa pasukan yang tampak berg3lut menyelesaikannya.

Bagaimanapun, Firdaus menjelaskan pihaknya sentiasa memantau perkembangan beberapa pasukan terbabit dan sentiasa bekerjasama dengan memberi bantuan supaya mereka dapat melengkapkan segala yang diperlukan sebelum tarikh akhir, 30 September ini.

“Bagi projek penswastaan FA ke FC setakat ini, hampir 90 peratus berjaya melengkapkan proses yang diperlukan kecuali beberapa pasukan yang ketika ini berdepan sedikit mas@lah.

“Ada kira-kira dua minggu lagi. jadi kita sentiasa pantau perkembangan mereka dan kita akan tunggu sejauh mana mereka boleh lakukan setakat minggu depan. Selepas itu kita boleh tahu sama ada mereka boleh atau tidak.

“Lagipun, projek penswastaan ini memang perlu dilakukan sendiri oleh mereka dan FAM hanya boleh memberi bantuan setakat mana yang boleh. Tetapi mereka sedang bekerja keras dan saya percaya mereka boleh selesaikan,” katanya.