Ada Pelan B

CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata pihaknya bersiap sedia dengan rancangan baharu jika Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan lebih lama daripada yang dijangkakan.

Katanya, walaupun liga sudah ditangguhkan, liga hanya akan bermula semula tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan tahap ancaman wa bak kor0nav!rus.

“Kita sentiasa berhubung dengan KKM bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai C0vid-19 untuk membuat keputusan mengenai tempoh penangguhan perjalanan liga,” katanya kepada Bernama.

“Secara mudahnya, jika kes menunjukkan penurunan ia mungkin isyarat liga boleh dijalankan lebih awal.

“Tetapi melihat kepada perkembangan terkini, jumlah kes itu bertambah dan MFL bersedia sekiranya liga perlu ditangguhkan hingga April, Mei atau Jun.

“Kami mempunyai perancangan dan komited untuk habiskan saingan liga musim 2020 ini.”

Jumaat lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL mengarahkan semua pertandingan Liga M minggu lalu dijalankan tanpa penonton sebelum ia ditangguhkan sementara sebagai langkah membendung penularan C0vid-19.

Satu perkara yang perlu dirisaukan adalah tempoh penangguhan yang panjang mungkin akan mengakibatkan pasukan bertanding berdepan jadual perlawanan padat apabila liga disambung semula nanti.