10 tahun lagi

Meskipun Liga Super baru memasuki perlawanan pertama, namun permainan cantik Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi isyarat awal trofi liga utama bola sepak tempatan itu mampu kekal di Johor untuk tempoh lebih lama.

Misi merangkul kejuaraan kelapan berturut-turut dilihat tidak mustahil buat skuad kendalian Benjamin Mora, yang mempa­mer permainan pantas dan hantaran-hantaran pendek ketika me­nundukkan Kedah Darul Aman (KDA) 2-0 dalam aksi Sumbangsih kelmarin.

Pengulas sukan dan bekas pemain kebangsaan, Rudie Ramli berkata, JDT juga mempunyai barisan kedua yang kuat, malah belum menurunkan ‘s3njata’ baharu, Bergson Da Silva yang baru tiba dari Brazil.

JDT menguasai perlawanan ketika men3ntang Kedah. Mereka bermain pantas dan hantaran pendek yang kemas selain memberi tekanan sebaik saja hilang bola menyebabkan lawan sukar memegang bola terlalu lama.

Ketiadaan Diogo (Luis Santo) memberi sedikit kesan. Tahun lalu, dia memainkan pera­nan No. 9 dengan baik, bukan saja menjaringkan gol tetapi mencipta peluang.

“Kedatangan import baharu juga dari Brazil (Bergson), mungkin mampu mengisi kekosongan Diego. Misi mengekal kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut bukan mustahil,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

L3genda bola sepak negara, Khalid Ali pula percaya, JDT mampu mempertahankan Liga Super untuk lima hingga 10 tahun lagi jika pasukan lain gagal melakukan perubahan drastik.

Pasukan lain kena berubah, kalau masih tiada perubahan…saya rasa tiada masalah lagi lima hingga 10 tahun (JDT kekal juara).

Saya rasa Sela­ngor, Pahang dan mungkin ­Perak (mampu cabar JDT) tapi hala tuju JDT tampak bukan saingan tempatan, lebih kepada ACL (Liga Juara-Juara Asia).

“Bagus, mereka satu-satunya pasukan yang berbelanja untuk menaikkan imej bola sepak negara,” ujarnya.

Bagi Mora, selain gembira dengan kejayaan mengekalkan kejuaraan kali keempat berturut-turut, beliau turut teruja melihat Safawi Rasid meledak gol pada hari ulang tahunnya yang ke-24.

“Sebelum perlawanan, Safawi janji kepada saya akan menjaringkan gol sempena hari kelahirannya, dia mengotakan janjinya,” kata Mora.